Bahan Kimia untuk Pengguna


Bahan Tambah Makanan
Bahan tambah makanan ialah bahan kimia yang ditambahkan ke dalam makanan untuk tujuan mengawet, atau meningkatkan bau, rasa, dan rupa makanan.
   
Bahan Tambah Makanan daripada Sumber Asli  
1.
Garam, gula, dan cuka adalah bahan daripada sumber asli yang digunakan untuk mengawetkan makanan. Contoh bahan makanan yang diawet dengan bahan tambah ini ialah ikan masin, jem, dan makanan dalam tin.
 
2.
Bahan-bahan tambah makanan ini berfungsi sebagai pengawet, iaitu untuk membunuh mikroorganisma atau mencegah pertumbuhan mikroorganisma yang merosakkan makanan.
 
3.
Bahan makanan dapat disimpan lebih lama jika ditambahkan pengawet.
   
 
Fungsi dan Pengggunaan Bahan Tambahan Buatan dalam Makanan  
1.
Dalam industri pemprosesan makanan, bahan tambah makanan buatan ditambahkan kepada makanan untuk menjadikan makanan
 
(a)
lebih bermutu. 
 
(b)
lebih tahan lama.
 
(c)
kelihatan lebih menarik.
 
(d)
lebih mudah dicerna.
 
(e)
lebih sedap dimakan.
 
2.
Jadual di bawah ini menunjukkan jenis bahan tambah makanan buatan dan fungsinya.
 
 
Jenis bahan tambah makan buatan
Contoh
Fungsi
Jenis makanan
Pengawet
Natrium nitrit
 
Daging, sosej, burger
 
Natrium benzoat
Mencegah pertumbuhan mikroorganisma
Belacan, cencaluk, jus buah-buahan, sos, marjerin
 
Sulfur dioksida
Asid askorbik
 
Jus buah-buahan, jem
Pengantioksida
Asid sorbik, Asid sitrik
 
Menghalang pengoksidaan lemak dan minyak oleh oksigen di udara
Minyak masak, minyak sapi, makan yang digoreng, biskut
Perisa
Mononatrium glutamat
Meningkatkan rasa pada makanan
Kicap soya, sos cili, sos tomato, sos tiram, makanan rapu
 
Aspartam
Memberikan rasa manis pada makanan dan minuman tanpa menggunakan gula
Minuman ringan, makanan rapu
Penstabil dan pemekat
Agar-agar dan gam acacia
Memekatkan dan menstabilkan makanan
Tepung susu, makanan bijirin, sos
Pewarna
Sebatian azo dan trifenil
Mencantikkan rupa makanan
Aiskrim, jem, minuman ringan, minuman kordial, gula-gula, kuih lapis, kek dan aising
 
Kesan Bahan Tambah Makanan Buatan yang Berlebihan Terhadap Kesihatan  
1.
Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 telah menyenaraikan jenis-jenis bahan tambah makanan buatan yang dibenarkan dan kuantiti bahan yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan untuk dimasukkan ke dalam makanan.

2.
Pengguna hendaklah mengamalkan sikap berhati-hati apabila membeli makanan untuk memastikan bahan makanan yang dimakan tidak menjejaskan kesihatan.
 
3.
Pengambilan perisa seperti mononatrium glutamat yang berlebihan boleh menyebabkan gangguan saraf dan otak, terutamanya kepada kanak-kanak, manakala bahan pewarna buatan yang ditambahkan secara berlebihan pada makanan dan minuman boleh menyebabkan penyakit kanser.

4.
Pengguna mestilah meneliti label pada makan yang dipek atau ditin supaya mematuhi Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983  seperti berikut :
 
1.
Nama dan alamat syarikat pengeluar
2.
Jenis makanan
3.
Ramuan makanan
4.
Kuantiti makanan
5.
Tarikh luput
6.
Tanda halal
 
5.
Sebagai pengguna anda berhak untuk membuat pilihan yang terbaik apabila membeli barangan keperluan anda!

SUMBER:http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=SPM&s=KIM&b=SEP&m=2&r=m&i=NOTA

No comments:

Post a Comment