Aktivti

Pewarna Semulajadi (Homemade)
______________________________________________________

Terdapat beberapa alternatif yang dapat dilakukan untuk mengganti penggunaan pewarna tiruan/buatan.  Beberapa bahan semulajadi boleh digunakan sebagai pewarna semulajadi dalam makanan.


Kami telah mencuba sendiri menghasilkan pewarna dengan menggunakan abstrak buah, bunga dan sayuran.


Pewarna Merah (Buah Red Plum)

Cara-caranya:

Potong Plum bagi mengasingkan bijinya.


Masukkan Plum dan sedikit air  kedalam bekas mereneh.
Plum direnehkan  diatas pemanas sehingga warna air jernih bertukar kepada merah. 


Padam alat pemanas dan biarkan bahan tadi menyejuk.
Gunakan penapis bagi mengasingkan hampas  dan pewarna.


 Pewarna sedia digunakan dalam makan.
Simpan pewarna dalam bekas kedap udara.



Dengan menggunakan kaedah yang sama kami juga mencuba beberapa warna yang lain.

Hijau  menggunakan  sayur sawi


Ungu menggunakan buah anggur ungu


 Biru menggunakan bunga telang


Kuning menggunakan bunga kekwa



 Jingga menggunakan buah oren


Buah epal hijau untuk menghasilkan warna hijau muda


Buah Avogado untuk menghasilkan warna hijau 



Kisah Disebalik Tabir....






 ~ sempat juga bergaya sambil-sambil siapkan produk...hehehe... ~





Pameran Sains, Teknologi dan Masyarakat
______________________________________________________



Bersempena Hari Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Peringkat IPG Kampus pendidikan teknik. Para penuntut semester 8 pengkhususan Sains turut mengadakan satu pameran seperti berikut:

Pameran Sains, Teknologi dan Masyarakat.

Tarikh  : 27/9/2011
Hari     : Selasa
Masa    : 900 pagi – 12 tengah hari
Tempat: Jabatan Sains

Sebanyak 12 kumpulan kesemuanya telah menyertai pameran yang dijalankan.  Setiap kumpulan telah mempamerkan pelbagai maklumat berkaitan dengan isu- isu seperti berikut:
  • Isu Reka Bentuk, Inovasi dan Reka Cipta
  • Isu Bahan Tambah Dalam Makanan
  • Isu Pencemaran dan Kesannya Terhadap Bumi
  • Isu Tenaga dalam Biosfera
  • Isu Kemampanan Sumber
  • Isu Pemuliharaan
Kumpulan kami telah mempamerkan hasil daripada aktiviti yang telah kami laksanakan sebelum ini iaitu pewarna semulajadi sebagai pengganti pewarna buatan. Rujuk Pewarna Semulajadi (Homemade).



Kami turut memaparkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan isu pewarna makanan seperti jenis bahan semulajadi yang dapat digunakan untuk menghasilkan pewarna, kesan-kesan pewarna tiruan dan resipi mee kuning organik sebagai informasi tambahan kepada pengunjung.

Resipi Mee Kuning Organik:




Bahan-bahannya:
480gm tepung gandum
220ml air biasa
1 biji telur
sedikit garam
sedikit kunyit
sedikit minyak


                               

Cara Membuatnya:

1. Larutkan garam di dalam air.

2. Masukkan telur dan perwarna kuning dan kacau sehingga telur hancur.

3. Ayak tepung, kemudian masukkan tepung yang telah diayak tadi ke dalam bekas.
4. Masukkan air larutan garam dan telur tadi ke dalam bekas mengandungi tepung.




5. Gaul sehingga tepung menjadi doh.

6. Doh dibentuk menjadi mee menggunakan mesin.



8. Akhir sekali celur mee ke dalam air menggelegak yang bercampur sedikit minyak masak.
9. Toskan air sehingga kering. Biarkan sejuk dan barulah dileraikan dengan menggunakan minyak masak.
10. Mee sudah siap untuk dimasak.



Selain itu juga, kami turut membuat perbandingan produk (Cup Cake) yang menggunakan bahan pewarna semulajadi dan pewarna buatan.



Pewarna Semulajadi
Aspek
Pewarna Buatan
Pudar
Warna
Terang
Sederhana
Rasa
Kuat
Lembut
Texture
Lembut


Kami turut meminta para pengunjung untuk mengisi satu borang soal selidik dan maklum balas berkaitan pameran yang telah dilakukan oleh kami. Hasilnya adalah seperti berikut:


8 daripada 10 responden menyata mereka sudah mempunyai pengetahuan berkaitan bahan tambah dalam makanan.
7 responden sedia maklum dengan pewarna semulajadi.
7 responden mengetahui keburukkan pewarna kimia.
5 responden menggunakan pewarna semulajadi dan 5 responden menggunakan pewarna kimia dalam sajian mereka.
8 daripada 10 responden berminat dengan pameran yang telah dilaksanakan oleh kumpulan kami.

Berdasarkan analisis data tadi, didapati kebanyakkan responden sudah mempunyai kesedaran berkaitan bahaya penggunaan bahan pewarna kimia didalam makanan.
Namun yang demikian, 50% daripada responden sahaja yang mahu menggunakan pewarna semulajadi berbanding pewarna kimia.
Ini adalah kerana pewarna semulajadi memerlukan penggunaan masa yang lama untuk dihasilkan, warna produk yang terhasil tidak membangkitkan keinginan untuk makan dan rasa produk tidak begitu menyerlah.


Bukan sekadar maklumat berkaitan bahan pewarna dalam makanan, kami turut menyediakan satu aktiviti sampingan kepada pengunjung yang mengunjungi meja pameran kami. Iaitu  Magic of Milk Colouring. Aktiviti yang telah dilaksanakan sepertimana contoh paparan video yang dimuat turun daripada youtube dibawah:


Selamat Mencuba...Hehehe

Sekitar Pameran

Kumpulan: Adib, Raja & Joy

Kumpulan: Akmal, Nik & Akim

Kumpulan: Anas, Syukri & Soleh

Kumpulan: Hanif, Nasri & Hadi

Kumpulan: Aizat, Najib & Aziz

Kumpulan: Syukor, Umaira & Zubaidah

Kumpulan: Hafifah, Diyana & Dayah

Kumpulan: Syamsul, Azham & Quek

Kumpulan: Nabil, Qorie & Rulan

Kumpulan: Ain, Awa & Intan

Kumpulan: Noriah, Nurimah & Darsh

Diharapkan segala maklumat dan pengalaman yang diperolehi daripada pameran ini dapat dimanfaatkan sebaik yang mungkin.






Kita Dan Mereka...
______________________________________________________________________________________________


Siapa kata hanya orang dewasa sahaja yang perlu mengambil berat tentang makanan yang diambil dalam menu seharian? Pengetahuan dan kesedaran berkaitan bahan tambah dalam makanan perlu didedahkan seawal peringkat dibangku sekolah. Oleh itu, siapa yang dapat laksanakan tanggungjawab ini?

Sebagai guru sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid-murid. Ilmu tersebut bukan sekadar yang terkandung didalam buku teks tetapi meliputi keseluruhan ilmu yang mampu guru kongsikan bersama-sama murid disekolah.


Aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh guru di dalam kelas berkaitan bahan tambah dalam makanan.

1. Pengenalan berkaitan bahan tambah dalam makanan.
2. Menyenaraikan ramuan yang tercatat pada plastik bungkusan.
3. Mengenalpasti bahan tambah yang terdapat dalam ramuan makanan atau minuman.
4. Menyenaraikan fungsi bahan tersebut digunakan dalam makanan.
5. Mengenalpasti kesan-kesan sampingan bahan yang digunakan tersebut terhadap kesihatan.

Murid sedang mengenalpasti bahan tambah makanan yang terkandung dalam Kopi 3in1

Murid sedang mengenalpasti bahan ramuan dalam air minumnan Isotonik

Murid sedang mengenalpasti bahan yang terdapat dalam Gula

Murid sedang mengenalpasti bahan-bahan tambahan dalam Teh 3 in 1