Senarai Bahan Tambahan Makanan

Bahan tambah dalam makanan atau food additives sudah menjadi perkara biasa dalam kehidupan kita sekarang. Siapa berani katakan bahawa ' saya tak pernah makan food additives '. Dalam zaman yang serba moden dan pantas ini, kita tak boleh lari dari memakan makanan yang mengandungi bahan tambah dalam makanan ini. 

Tujuan penambahan bahan tambah makanan dalam industri makanan adalah untuk pelbagai fungsi iaitu:
1. Menjadikan makanan lebih tahan lama dan tidak mudah rosak
2. Menambahkan khasiat/ nutrien yang mungkin telah hilang semasa pemprosesan
3. Menjadikan produk lebih menarik
4. Menjadikan produk lebih mudah untuk dimakan atau digunakan.

Menurut Buku Halal Haram, Panduan, terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang, berikut adalah bahan tambah makanan yang meragukan dan perlu dielak.

1. Mono dan Digliserida
Monogliserida dan digliserida adalah campuran bahan berlemak yang dihasilkan daripada pecahan lemak dan minyak. Secara komersil, bahan ini mungkin diperolehi dari minyak sayuran, lemak lembu, lemak babi atau minyak ikan.



2. Gelatin

Gelatin adalah sejenis protein yang secara komersil dihasilkan daripada kulit/tulang lembu, babi atau ikan. Biasanya sesuatu label tidak menyatakan perbezaan dalam sumber gelatin yang terkandung dalam makanan. Oleh itu, produk makanan yang mengandungi gelatin adalah meragukan kecuali jika labelnya secara jelas menyebut penggunaan gelatin yang halal atau dari sumber ikan

3. Enzim

Penggunaan enzim sangat meluas dalam industri makanan dan tenusu. Sumbernya mungkin diperolehi dari binatang, tumbuhan atau mikrob. Enzim binatang yang lazimnya digunakan adalah renin, yang diperolehi dari perut anak lembu. Pepsin merupakan enzim penghadaman yang diperolehi daripada perut babi.

4. Gliserin/ Glycerine

Bahan yang terhasil dari lemak binatang, minyak tumbuhan atau bahan2 petrokimia.

5. Lesitin/ Lecithin
Merupakan pengemulsi dalam produk makanan yang mengandungi lemak. Sumber lesitin yang sering digunakan adalah kacang soya. Jika produk makanan tidak melabelkan sumber lesitin, maka perlu diragui.

6. Alkohol

Alkohol atau nama lainnya, etanol atau etil alkohol adalah bahan yang memabukkan dan haram dimakan. Dalam industri makanan, banyak bahan perasa/perisa/pewarna yang dicampur dengan alkohol sebagai pelarut.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai penemuan Persatuan Pengguna Pulau Pinang dan isu2 berkaitan halal haram dalam industri makanan, dapatkan buku panduan Halal Haram yang diterbitkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

 

SUMBER:http://halalbakeryproduct.blogspot.com/p/senarai-bahan-tambah-makanan.html

5T Bahan Bahaya Dalam Makanan



Dalam makanan yang dimakan setiap hari, terdapat pelbagai jenis bahan tambahan makanan seperti pewarna, perisa, pengawet dan sebagainya. Biasanya bahan tambahan makanan ini tidak dinyatakan dalam label bungkusan makanan. Hanya yang dicatatkan ialah pewarna atau perisa makanan yang dibenarkan.
Keadaan ini akan menimbulkan masalah kepada pengguna, khususnya yang menghidap sesuatu jenis penyakit atau alahan yang tidak boleh memakan bahan tambahan makanan yang tertentu.
Berikut adalah beberapa jenis bahan yang terdapat dalam makanan yang perlu diberikan perhatian. Sekiranya ada yang menghidap penyakit tertentu, elakkan daripada mengambil makanan yang mengandungi bahan tambahan makanan tersebut.

TIP 1 : Kandungan Dalam Makanan
Kandungan yang terdapat dalam label bukan merupakan kandungan sebenar yang terdapat dalam sesuatu makanan. Terdapat banyak bahan kimia yang boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti scrylamides. Ia wujud dalam makanan yang melalui pemprosesan suhu yang tinggi (high heat). Namun tiada keperluan mengenainya untuk disenaraikan dalam label makanan. Terdapat juga bahan makanan yang berkemungkinan turut mengandungi racun serangga dan bahan-bahan kimia yang lain, tetapi tidak disenaraikan.

TIP 2 : Monosodium Glutamat (MSG)
MSG merupakan bahan tambahan makanan di dalam ribuan produk makanan dan runcit dengan pelbagai nama. Bahan ini boleh menyebabkan berlakunya masalah ketidakseimbangan terhadap sistem fungsi badan, kegagalan keseimbangan pemakanan dan juga menyebabkan pengguna memakan lebih banyak makanan. Selain daripada itu, ia juga boleh menyumbang kepada masalah kegemukan.
  • Kandungan MSG Yang Disembunyikan

    Kewujudan MSG dalam sesuatu produk makanan disembunyikan dalam kandungan makanan melalui ekstrak yis, yis troula, hydrolyzed vegetable protein dan yis terautolsis. Terdapat beribu-ribu produk yang mengandungi satu atau lebih bahan kimia yang boleh meningkatkan rasa makanan tersebut.
  • Symptom Attention - Deficit / Hyperactivity Disorder (ADHA)

    Simpton ini terdapat pada kanak-kanak dan disebabkan oleh kandungan makanan terproses yang mengandungi pewarna tiruan berlebihan. Ia juga disebabkan oleh pemprosesan makanan yang tinggi refined carbohydrates. 80 peratus daripada kanak-kanak yang dirawat dengan menghindarkan pengambilan makanan terproses boleh sembuh daripada ADHD dalam masa dua minggu.

TIP 3 : Aspartame
Bahan pemanis tiruan ini apabila didedahkan kepada cuaca panas untuk beberapa jam boleh membentuk bahan kimia yang dikenali sebagai formaldehid dan asid formik. Asid formik boleh menyebabkan kerosakan pada mata, otak dan keseluruhan sistem saraf. Selain daripada itu, aspartame juga sering dikaitkan dengan sakit kepala (migraine), penglihatan kabur dan pelbagai masalah sistem saraf yang lain.

TIP 4 : Plastik
Pembungkus plastik makanan mempunyai kesan yang membahayakan kesihatan. Ia boleh menyebabkan bahan kimia bisphenol A terserap ke dalam makanan. Amalan memasak dalam bekas plastik meningkatkan pendedahan tersebut. Bisphenol A boleh menyebabkan tumor payu dara bagi lelaki dan mengakibatkan ketidakseimbangan hormon bagi wanita. Selain itu, ia turut menyebabkan kanser yang berkaitan hormon seperti kanser prostat dan kanser payu dara.

TIP 5 : Susu
Susu yang dikeluarkan di beberapa buah negara seperti Amerika Syarikat dihasilkan oleh lembu yang telah disuntik hormon sintetik yang diharamkan di kebanyakan negara lain. Penggunaan hormon itu dikatakan antara penyebab remaja wanita di Amerika Syarikat mempunyai pembesaran buah dada pada usia yang muda dan turut meningkatkan kanser yang berkaitan dengan hormon seperti kanser prostat.

Bahan Kimia untuk Pengguna


Bahan Tambah Makanan
Bahan tambah makanan ialah bahan kimia yang ditambahkan ke dalam makanan untuk tujuan mengawet, atau meningkatkan bau, rasa, dan rupa makanan.
   
Bahan Tambah Makanan daripada Sumber Asli  
1.
Garam, gula, dan cuka adalah bahan daripada sumber asli yang digunakan untuk mengawetkan makanan. Contoh bahan makanan yang diawet dengan bahan tambah ini ialah ikan masin, jem, dan makanan dalam tin.
 
2.
Bahan-bahan tambah makanan ini berfungsi sebagai pengawet, iaitu untuk membunuh mikroorganisma atau mencegah pertumbuhan mikroorganisma yang merosakkan makanan.
 
3.
Bahan makanan dapat disimpan lebih lama jika ditambahkan pengawet.
   
 
Fungsi dan Pengggunaan Bahan Tambahan Buatan dalam Makanan  
1.
Dalam industri pemprosesan makanan, bahan tambah makanan buatan ditambahkan kepada makanan untuk menjadikan makanan
 
(a)
lebih bermutu. 
 
(b)
lebih tahan lama.
 
(c)
kelihatan lebih menarik.
 
(d)
lebih mudah dicerna.
 
(e)
lebih sedap dimakan.
 
2.
Jadual di bawah ini menunjukkan jenis bahan tambah makanan buatan dan fungsinya.
 
 
Jenis bahan tambah makan buatan
Contoh
Fungsi
Jenis makanan
Pengawet
Natrium nitrit
 
Daging, sosej, burger
 
Natrium benzoat
Mencegah pertumbuhan mikroorganisma
Belacan, cencaluk, jus buah-buahan, sos, marjerin
 
Sulfur dioksida
Asid askorbik
 
Jus buah-buahan, jem
Pengantioksida
Asid sorbik, Asid sitrik
 
Menghalang pengoksidaan lemak dan minyak oleh oksigen di udara
Minyak masak, minyak sapi, makan yang digoreng, biskut
Perisa
Mononatrium glutamat
Meningkatkan rasa pada makanan
Kicap soya, sos cili, sos tomato, sos tiram, makanan rapu
 
Aspartam
Memberikan rasa manis pada makanan dan minuman tanpa menggunakan gula
Minuman ringan, makanan rapu
Penstabil dan pemekat
Agar-agar dan gam acacia
Memekatkan dan menstabilkan makanan
Tepung susu, makanan bijirin, sos
Pewarna
Sebatian azo dan trifenil
Mencantikkan rupa makanan
Aiskrim, jem, minuman ringan, minuman kordial, gula-gula, kuih lapis, kek dan aising
 
Kesan Bahan Tambah Makanan Buatan yang Berlebihan Terhadap Kesihatan  
1.
Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 telah menyenaraikan jenis-jenis bahan tambah makanan buatan yang dibenarkan dan kuantiti bahan yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan untuk dimasukkan ke dalam makanan.

2.
Pengguna hendaklah mengamalkan sikap berhati-hati apabila membeli makanan untuk memastikan bahan makanan yang dimakan tidak menjejaskan kesihatan.
 
3.
Pengambilan perisa seperti mononatrium glutamat yang berlebihan boleh menyebabkan gangguan saraf dan otak, terutamanya kepada kanak-kanak, manakala bahan pewarna buatan yang ditambahkan secara berlebihan pada makanan dan minuman boleh menyebabkan penyakit kanser.

4.
Pengguna mestilah meneliti label pada makan yang dipek atau ditin supaya mematuhi Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983  seperti berikut :
 
1.
Nama dan alamat syarikat pengeluar
2.
Jenis makanan
3.
Ramuan makanan
4.
Kuantiti makanan
5.
Tarikh luput
6.
Tanda halal
 
5.
Sebagai pengguna anda berhak untuk membuat pilihan yang terbaik apabila membeli barangan keperluan anda!

SUMBER:http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=SPM&s=KIM&b=SEP&m=2&r=m&i=NOTA